Friday, November 26, 2010

spore trip

memandangkan tahun ni jaga SPM..maka trip pi dekat2 ja..insyaALLAH...19hb12,2010 aku, ct n yati akan ke spore...jalan2 di sana.....saja la nak masuk melawat negara org....wpun org kata soping sana dekat2 krismas ni murah tp aku lbih suka sightseeing...masuk 1 hari ja...balik hari kata orang......saja nak tgk negara org..pe2pun jadi ke tak..tungguuuuuu

Wednesday, September 22, 2010

Next Plan

plan seterusnya rasanya ada dua...iaitu ke singapore dan seterusnya ke sabah (2011). untuk ke singapore, patutnya hari tu lepas balik dr morib nak pegi tp tak jadi pulak kan..so plan lain ngan ct dan yati..insyaALLAH dalam bulan 11 atau 12 la nampaknya....hopefully jadi....untuk next year plak, cadangnya mcm nak ke sabah..kali ni nak bawak mak ngan abah...ni baru cadang2 la..hopefully jadik la...hr tu pegi sabah pun ta puas lagi....kali ni mmg nak bawakmak abah la....mesti besttt.....

Monday, July 5, 2010

17hb6...morib



pas balik dari medan..the next day terus ke pantai morib......dah la taktau jalan....belasah jer...hahhahaa...mak,kakak n anak2 dia bergerak dari KK dan amik aku ngan adik kt kpg baru..then bergerak ke pantai morib tah ikut mana tah..at last dalam tghri dalam pkl 12 lebih kami sampai...phewww...alhamdulillah..what can i say..ALHAMDULILLAH.....dapat juga sampai dengan jayanya....aku n family akan bermalam di rumah penginapan persekutuan untuk satu malam(khas utk kakitangan kerajaan jer..) memang best dengan kedudukannya mengadap pantai morib..mmg menjadi kesukaan aku sbb aku mmg suka dengan pantai2 ni....mendamaikan..walaupun airnya tak berapa santek..tapi bagi aku..mendamaikan..(mandi-manda jugaklah...huhuhuuhu)
walaupun takder pe yg menarik tapi aku hepi dengan suasana di sana dan 1 day aku rasa aku nak dok lama sikit dalam 2-3 hari ker..maybe kali ni ngan kengkawan ker...bestnya....ada tempat buat bbq lagik...insyaALLAH,....next time lak kan....

Sunday, June 20, 2010

Rossa - Hati Yang Kau Sakiti (Super HQ Audio/Video)

best lagu ni....layansss.....~carta top alizamarwa~

KEHILANGAN firman

kenangan tul ngan lagu ni masa kat medan...ahaks....leh jer buat van tu mcm kami punya...ulang sampai letih lagu ni sampai pancit2 la tayar van tu..hahahahhaa

alhamdulillah....medan-13-16hb6 2010

syukur..alhamdulillah..itu yg mampu aku ucapkan..cuti kali ni dimanafaatkan sepenuhnya...seminggu aku betul2 bercuti(menghabiskan bogheh)..13-16hb aku dah berada di medan...satu perjalanan yang boleh dikatakan agak memenatkan(sbb banyak menghabiskan masa dalam van)...perjalanan bagi satu tempat ke satu tempat agak jauh,.maka ianya mengambil masa yang lama utk sampai
13hb6....
...kami sampai di medan polonia epot jam 12.15 tghri waktu indonesia...(waktu indonesia lambat sejam dari kita). kami disambut oleh en francis atau lebih mesra dipanggil ahmad. mengguakan van company, kami bertujuh serta 2 org lagi rakyat msia keturunan india bergerak terus ke lake toba. jika diikutkan dalam perancangan, kami seharusnya ke maimon palace utk melawat disekitarnya tapi memandangkan pada waktu tersebut ada agenda di ctu maka kami tak dapat melawatnya., maka kmi pun terus la bergerak terus ke lake toba yang mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan melalui jalan yang berliku2....nak patah pinggang dok dalam van tu...dalam perjalanan banyak pemandangan yang indah dan kurang indah yg dapat kami lihat....pelbagai ragam manusia, keadaan dan persekitaran yang menarik perhatian malah ada juga yang menjengkelkan....sepanjang perjalanan ramai juga yang tido kerana melayan keletihan yang tak abis lagi....bagi aku, aku suka dengan permandangan yang menghijau dan melihat dan menyedari betapa bertuahnya aku sebagai rakyat malaysia. seanjang perjalanan bolehlah dikatakan keadaan seperti berada si sabah(wpun sabah tu lebih baik lagi rasanya).part jalan yang teruk tu membuatkan kami semua sengal2 pinggang, pening kepala.....sampai kene pakai minyak angin la....hahahha...dipertengahan perjalanan, kami berhenti di sebuah kawasan untuk membeli jajan yang dikenali sebagai teng-teng..teng-teng ni macam makanan ringan seperti kacang tumbuk kat malaysia dan juga manisan2 lain..(tp aku tak beli pon), lepas tu kami meneruskan lagi perjalanan lebih kurag 2 jam lagi utk smpi di lake toba,...jam 530 ptg akhirnya kami smpi dan sumer menjerit 'whaaaaaaaaaaa' pabila melihat keindahan tasik toba yang sangat cantik dan luas...memang sangat tenang..sangat best la..sangat2 la dan sesuai juga untuk pasangan yang nak berhanimun di sana....sbb mmg cool....selesai cek in kat danau toba cottage (best sbb dapat dok bilik mengadap tasik.perghhh), jam 7 kami dinner..nak naik ke cafe mmg letih sbb kene panbjat bukit untuk sampai ke atas cafe..cafe tersebut terletak di atas bukit..menonggek jugak la nak naik makan...blom makan lapa, dah makan pon leh lapar lik..ahaks..pas makan kami menghabiskan maam kami dengan bersantai2 di kawasan cafe tersebut sbb menghadap tasik kan...mmg cantik di waktu malam..keadaan pun sejuk...rasanya suhu dalam 25 drjh selsius...puas bergambar semua dah sampai masa utk melelapkan mata..ZZZZzzz...
14hb6
.....selesai sarapan,kami kene cek out untuk ke pulau perkampungan kaum batak..2 buah perkampungan yang akan kami lawati iaktu perkampungan samosir(betoi ke?lupa la plak) dan perkampungan tomok(ni ingt la sbb nama mcm artis kita tu..heheh)... beza kedua2 perkampungan ni ialah yg samosir tu kawasan tempat pancung bagi org yg bersalah..(pjg ceritanya..google sendrik eh..hehehe) dan yg perkampungan tomok tu ada makam org terkenal zaman2 dulu (ala makam diraja lah)...kami dikehendaki memakai sejenis kain yang dipanggil ulos iaitu seperi selempang yang diletakkan dibahu tanda penghormatan...lepas dengar sejarah kat situ, kami bley pegi soping2...kat samosir tu pun bley soping..lagi banyak barang tp aku biasalah bukan kaki soping sgt...just melihat2 la...ada la skit utk anak buah.....oh yer kami menaiki bot khas utk ke perkampungan tersebut menyusuri tasik toba yang indah tu...dalam bot kami dihiburkan dengan anak2 muda batak yng mencari rezeki dengan menghiburkan kami dengan nyanyian lagu2 batak dan ada juga la yg kami paham...hehehe....pe2pun mulai dengan HORAS..HORAS..HORAS...menaiki bot tak bosan sbb kami berada bersama2 dengan rombongan dari melaka yang sangat meriuhkan da menggembirakan..apa lagi, kami pun join jer la....hahahhaha...pas balik dr pulau tersebut kami meneruskan perjalanan dan singgah untuk lunch di sebuah kedai makan muslim dan kami akan meneruskan perjalanan ke sebuah tempat dipanggil brastagi..brastagi ni senang cakap macam cameron highland la...tmpt jual2 buah2an dan baragan cenderamata....dalam prjalanan ke brastagi kami singgah di sebuah tempat di atas bukit juga untuk menikmati satu minuman bekhasiat yang dipanggil teh halia...hahahaha...kelakar tul masa ni...kami yg ala2 muda ni mmg tak tahan tul minum teh mi sbb panas...dan pahit2 kelat siap ada pertandingan lagi sapa yang leh habiskan minum teh tu...sambil minum teh kami makan goreng pisang...biasa jer goreng pisang ngan teh tu tapi kenapa tah tempat tu leh dijadikan kawasan yang wajib singgah oleh pelancong....dan secara tiba2 hujan pun turun dengan lebatnya menyebabkan kami tak dapat nak bergambar di kawasan tersebut....kami meneruskan perjalanan lagi...seharusnya dalam sejam perjalanan kami akan singgah ke air terjun yang dilihat dalam internet sangatlah cantik macam air terjun niagara tu..nama air terjun ni sipiso-piso(google sendrik eh) memandangkn hujan, maka kami tak dapat pergi...sedih woooooooo..dalam sejam perjalanan kami mengalami kejadian yang menakutkan di mana tayar belakang van kami pancit....aduss..sib baiklah pancit dikawasan pekan, dan depan ngan kedai tayar....kalau dekat2 hutan maunya kami bermalam kat hutan..adesss...lepas baiki tayar sumer (tampal jer) lebih kurang jam 6 kami smpi di berastagi dan sempat jugak la soping buah2 dan pakaian.adik aku siap beli baju sejuk lagi sbb kawasan tu mmg sejuk dalam 20 drjh selsius....dan kami bermalam di green hotel (4 bintang tu)..makanan pun best dan kami pun tido ngan nyenyaknya memandangkan perjalanan yang jauh tadi...Zzzzzzz lagi...
15hb6
...setelah cek out dan brekfas, pak ahmad bagitau kami kene patah balik untuk sampai ke medn..tergezut sumee...rupa2nya saja jer nak bagi kami terkejut..huh...perjalan dalam sejam jer dah sampai medan...bandar medan.aktiviti untuk hari ni kami di bawa ke kedai yang menjual kain batik ( 2 buah kedai), pasar ikan lama (kawasan mcm jalan TAR) dan seterusnya jalan2 kat sun plaza....jalan2 hari ni lebih kepada aktiviti soping2an jer la..beli kain batik,kain sembahyang dan lain2 lagi la....aku ngan adik hanya beli kain utk dipakai hari raya nanti....sedondon utk kami yg pompuan nih...ahaks...tempat2 lain tu hanya jamu mata jerla....dan utk hari ni kami akan bermalam di villa kepunyaan bos besar agensi yg bawa kami kat sana iaitu lovely agensi..cantik banget villanya..siap ada set karaoke kat umah tu...layanan pun best...malam tu aktiviti kami koroke jer la.....pastu tido lagi
16hb...last day...
..flight kami malam..memandangkan ada yg demam maka kami mengambil keputusan utk dok umah saja dan dengan kebenaran kami dok villa tu smpi pkl 2 ptg...pkl 2 kami cek out, menghantar kawan india tu menaiki airasia (flite dia pkl 5) kami terus dibwa menaiki bas company untuk ke SOGO...(sana pun ada SOGO tau) kat cni kami makan ayam peyet ramai2....makan eskrim dan jalan2 cuci mata jer memandangkan harga kat SOGO tu agak mahal jugak...dan pkl 6 kami dibawa terus ke epot polonia utk pulang ke msia dengan 1000 kisah...letih jugak dan smpi kat LCCT jam 115 pg....alhamdulillah...selamat smpi semua dengan selamat.....yang penting pengalaman ini menjadikan aku insan yang benar2 bersyukur dengan kehidupan di bumi malaysia yang jauh lebih selesa dan mendamaikan.....yayyyyyyy

Saturday, June 5, 2010

Wali Band - Cari Jodoh

CUTI SEKOLAH..YAYYY

cuti sekolah dah pun bermula..maka aku akan merehatkan minda dan menenangkan diri..tapi aku tetap akan ke sekolah untuk melatih bebudak koir...ada pertandingan lagu2 patriotik nanti kat ipoh..aku tak pandai mana pun tapi belasah jerlah..hehehhe..at the same time tak sabar nak tunggu 13hb ni..nak ke negara seberang..apa ya pengalaman baru yg akan aku tempuh nanti, aku suka sangat dengan pemandangan, mleihat keindahan alam di negara orang di samping mengenali pelbagai budaya yang ada di bumi Tuhan ni...
aku ni apa pun tak prepare lagi..beg, baju sumer tak plan nak bawak pe lagi.,yg pasti aku bawak ckit jerlah kot..lagipun tak lama, 4 hari jer...hope sumer selamat dalam perjalanan....lgpun esoknya lepas sampai ke tanah air nak pi jenjalan kat pantai morib lak..apa la yg ada kat sana kan....tengok pantai la...dah sememangnya aku suka ngan pantai......tak sabar nak tunggu minggu depan...........pada kalian, doa2kan aku ya.....

Tuesday, May 25, 2010

berseminar sambil cuti2...yayy

last week 22-23hb6 aku dan kak eyma gi seminar guru-guru seluruh negara anjuran NSTP..mmg best la..aptah lagi dapat lak dok kat Cinta Sayang Golf n Country Club secara tajaan nih..lalu apa lagi dong..jangan dilepaskan peluang keemasan nih....perjalanan yang mengambil masa sejam 45min dari kuala kangsar ni tak terasa la sbb excited.....aktiviti yang dianjurkan oleh NSTP pun mmg fun dan tak stress...hepi jerk...walaupun aku ni tak bertuah pun..tak dapat hadiah cabutan bertuah pun..eeeeeeiiiii..tensen2....hehehhe..pepun goodie bags yang diberikan pun dah cukup besh...penuh beg..ahaks....

aktiviti yang dijalankan poco-poco, ceramah dr dietition, demonstrasi memasak oleh chef ismail, demo pakai tudung dari Arianni dan cara mekap dari sendayu tinggi.....aktiviti simple dan have fun, satu hari jer sebenarnya tapi NSTP murah hati bagi penginapan satu malam pada guru2 dr Perak n Perlis...thanks to NSTP..len kali wat lagi ajak kami lagi naaa..hehehhehhehehe

single terbaru Shahir " Kebahagiaan dalam perpisahan" - Behind the scene...

camna la leh sangkut ngan lagu shahir AF8...ni la penangan adik beradik KRU..memang first time dengar dah leh melekat di hati....aduss...melekat...ahaks...pepun layanss...

Tuesday, May 11, 2010

Wali Band - Yank

tetiba lak ada video clip ni..btw mmg i suka ngan lagu nih..muzik best..nanti ada lagi lagu2 kesukaanku akan ku letakkan kat blogku ini..okeis..layanzzzzz

Monday, May 3, 2010

coming soon...........

bulan 6 ni., dalam tempoh cuti seolah, 13hb-16hb.....aku akan ke Medan Indonesia....bersama adik dan kawan2 lain selama 4h3m menggunakan pakej yang dikendalikan oleh rakan ku...azwa....hope perjalanan kali ni akan memberikan satu pengalaman baru....tak sabar menunggu..
lepas balik dr Medan, 17hb pulak aku dan family akan bercuti ke pantai Morib...saja la nak bawak mak jalan2 di samping melihat tempat baru..di sana nanti duduk kat penginapan persekutuan jugak....
lepas cek out 18hb....malam tu insyaALLAh aku dan sitot akan bergerak ke JB untuk ke destinasi seterusnya pada 19hb iaitu ke Singapura..tak tido sana..just balik hari jer..dengan bantuan kawan kami yati n hubby dia,....melawat sekitar Singapura...
seminggu tu aku nak abiskan dengan berjalan2.....20hb6 baru ku balik kuala kangsar...doakan perjalanan ku ini tiada halangan ya..balik nanti akan ku ceritakan pengalaman ku ke Medan Indonesia, Pantai Morib selangor, Malaysia dan Singapura..aminnn

Cameron Highland......21 feb 2010






















perancangan ngan kak eyma ni dah dilakukan awal memandankan isnin skolah kami cuti, so apa lagi, lepas abis kelas kat UPSi, kami naik ke cameron melalui jalan Tapah..kebetulan aku nyer turn drive..so mmg fenin2 gitu.lama tak lalui jalan yg berbelit2 mcm ular tuh.....sblm naik kami mandi manda kat lata kinjang..memandangkan org tak ramai lagi..maka kami pun berendam dengan bestnya tanpa gangguan..airnya?masyaALlAh....ketor gak la...lama2 tu bila mat2 motor sampai..kami pun angkat kaki dan meneruskan perjalanan naik ke atas..kami smpi ke rumah penginapan persekutuan yg dikhaskan untuk kakitangan awam pada jam 12tghri lebih la..lupa lak timenyer...masa tu kak Zuriani dah sampai awal dah..lepas cek in..masing2 wat hal masing2 la..aku ngan kak eyma rehat2 then ptg tu decide jenjalan kat tanah rata..sempat soping blouse ngan barang2 lain..tak lupa utk anak buah aku 3 org tu..sepasang stokin yg cute...hehehehhe ....malam tu kami berjalan2 sekitar cameron tu..malam tu rasanya paling sejuk memandangkan kabus yg begitu tebal....ala2 london gitu...tapi takleh kalah la sejuk kat beijing tu..hehehehe...tp mmg sejuk la..amik pic malam2 kat bunga2 yg segar2....sok pagi lepas cek out, kami pun apa lagi..soping sakan la.....kat sebelah hotel casuarina tu..beli sayo mayo...buah2..hehehehhehe..stroberi...then sebelum balik kami singgah gak ke rose valley...perghh..harummm jer...best banget..then kami pun terus balik...cameron ni mmg banyak kali la..memandangkan kami yg dari kuala kangsar ni leh naik dr simpang pulai ipoh yang jalannya sangat cantik dan taklah mcm ular dipalu..hehehhehe..len kali naik lagi la..hehehehehhehe

gua tempurung...15 feb 2010

ni saja2 aku selitkan kat cni..walaupun dekat jer ngan tmpt aku tapi ni kira tempat baru yg bagi aku sesuai utk dilawati.....
gua tempurung sangat cantik kat dalamnya..sesuai utk org yang suka aktiviti lsaak macam kami nih....mmg sesuai la...aku, yati, sitot n miza...bersama ngan k.pura n the geng dia...menyusuri dalam gua tempurung utk melihat ciptaan Tuhan..subhanallah..mmg sgt cantik..dan penat jugak kan..hehehhe..panjat tangga tinggi2..tapi mmg best..meraduk air, jalan itik, turun menyusuri laluan 90 drjh..gerun..yg bestnya bila last tu..kami guling2 dalam gua tu..mandi air gua..sejukkkk....mmg best la...kenangan tu...kalau ada peluang lagi leh bawak family aku lak gi situ..jenjalan....bayaran yg dikenakan pun ok..kami amik laluan yg paling lama..memakan masa lebih kurang 3 jam....tak silap rm25..tp mmg best la...berbaloi ngan bayaran yg dikenakan...palig murah tak silap aku rm8 kot..tapi stage tak sama yg mcm kami la...perjalanan setgh jam jer kot....so..pada yg dok dekat2 gopeng tu..pegi la gua tempurung ni...utk mlihat keindahan alam ciptaan tuhan..okeis!

perjalanan seterusnya..kuching...DEC 2009

Kuching..sarawak..kamik datang...sebenarnya percutian ke sarawak ni kali kedua bagiku...first time dulu tahun 2004..kalau tak silap la...percutian kali ni best la...sbb atas jemputan rakanku dr UPSI..kak Sabariah alias Kak Saba....siap dok umah dia kat umah pegawai kat kem semenggo....hubbynya keje sebagai pegawai waran 1 kat sana...
percutian kali ni kami dilayan bak raja la...transportation sumer kak saba support..pi mana eh...jenjalan kat waterfront, gi serikin..siap kak eyma beli tikar gitu, then pegi perkampungan budaya sarawak, jalan2 tgk perabot kayu jati, hahhaha..tu pun termasuk dalam agenda,...pastu ngikut sekali sambutan hari keluarga tentera darat kem semenggo tu kat pantai apa tah, lupa...hehehhehe....n yg paling best dapat masuk mes pegawai layan karaoke..hahahha...abis belasah nyanyi tak hengat dunia..kak saba pun leh tahan..dia ngan hubby dia very da sporting gitew...then dapat jugak aku jupe my BFF syikin yg memang sporting abis...kawan lama masa kat MRSM dulu...sorry syikin na.,tak dapat gi umah ko....len kali aku gi lagi, aku lepak umah ko plak eh....
thanks to kak saba ngan hubby nyer En Amin kerana melayan keletah kami nih....hope jangan segan silu melayan kami lagi kalau kami ke sana eh...hehehhehe...

langkawi...jun 09

langkawi....pulau peranginan yg best utk soping2 coklat..ahaks...bulan jun 09 percutian yg best sbb dapat bawak mak sekali jenjalan..ngan adik2....bukan family kami jer...opah ngan 4 org lagi aunty dan anak2 derang pun ikut la..siap leh naik train lagi dr kl-kuala perlis...thanks to KTMB..kira percutian secara besar2an la..
malam sbelum pergi tu, sumer berkumpul kat my house.....then tgh malam gerak ke kuala perlis...ingatkan jauh la...rupanya pkl 4pg dah smpi..so jadikla perlarian kejap..dok nganga2 kat hentian feri tu...smpi dpt feri pertama..kami naik la..yg lagi 2 org aunty tak sampai2 lagi..pe2 jupe kat sana jer..yg bestnya...tempat penginapan ni disponsor oleh one of my aunt...best la..selesa.....kat Sandy Beach Resort.....jauh ckit dr pekan kuah..but..its nice gitu .....
pi mana eh..kami pi waterworld, pastu naik bos laju pi pulau dayang bunting, soping2 kat pekan kuah, pi dataran lang..n the the best moment is sambut besday opah...
tak ingat la dok sana baper lama...rasanya 2 malam kot....but hepi la..sbb ni percutian terbesar yg dirancang last2 minit..hope pasni leh pegi lagi mana2 tempat beramai2 lagik...

seken trip..BEIJING, CHINA dec-2008

abis jer merayap ke sabah..tahun yg sama..bulan 12 aliza ikut lak trip ke beijing..ni kak eyma punya pasalla....berjaya gak dia menggodaku..ahaks....

ni pengalaman pertama pegi over the sea la...walaupun sabah over the sea..tapi ni luar dr negaraku yg terchenta ni la.....first time nak jejak kaki ke negara org..maunya tak excited..tido tak lelap le katakan.....hehehhehe.....aliza gi sana bawah company POTO travels, utk 7h6m...satu perasaan yg tak dapat digambarkan bila aliza dah menjejakkan kaki ke sana..unbelieveable..wow..merasa gak pegang salji...hahahhaha....peghak...waakakkakakka...merasa dok dalam peti sejuk..cuaca masa tu kat sana below 10drjh selsius la.....abis pecah bibir2 ku yg mungil ini...lalalallalalalaaaa...
kat sana pun jadual mmg padat la utk 7h6m tu dan kami dijaga dengan baik menggunakan pakej tu....pengalaman paling tak dilupakan bila dapat naik ski...ni pun satu..terkangkang2 la pada mulanya..jatuh baper kali usah citer la...bila dah terer macam kembang setaman jer..ahaks....pengalaman lain tu banyak dibawak ke tempat soping2 la..aku ni cuci mata jerlah....tp kalau dibawak ke tempat2 souvinier tu.....rasa rambang mata..rasa macam nak beli semua...duit kita mahal lagi dr duit sana..so pa lagi..banyak la memborong....sib baik bajet rm300 jer utk soping..kalau wit banyak masa tu..pengsan nak memborong...wakakakkaka...bayangkan leh tawar menawar dekat 80% diskaun...bayangkan..bayangkannnn.......

kat sana di bawak tempat mutiara, sutera, ubat2an cina, teh cina, apa lagi eh...hmmm......tian an men, tempat maharaja, dan lain2 lagi la...banyakkk...tempat penginapan yg diberi pun bagus..makanan?ermm..memula xcited la..lama2 mulalah terkenangkan roti canai, nasii lemak, masak lemak cili padi, tomyam..ahaks....

kalau nak citer maunya dua puluh ribu muka surat ni..nanti ada masa akan diedit lagi dengan pic2 yg menarik eh...ahaksss....

perjalanan Pertama..Sabah...Nov 2008


kat sini aliza nak citer trip aliza yang pertama setelah bekerjaya tetap nih..sebelum ni pun bukannya tak pernah berjalan..cuma kali ni lebih puas hati dan gumbira bila dah ada duit sendrik dan ada kawan2 yang sekepala...ngam....baru puas hati...merayap ke hulu ke hilir, bak kata orang kelate...derak kose....hahahhahaha...

start koje 3.4.2007....jadi first trip aliza adalah tahun 2008...hahhaa...setahun lbh gak la..maklumlah nak bagi betul2 ada duit banyak la...baru best...



first trip aliza adalah ke sabah.....bulan 11 2008....lama giler dok sabah...tak silap more than 10 days..masa ni misi adalah menawan puncak kinabalu (walaupun aliza tak sampai...wehh..malu wehhhh)..wakakakakka...kerana???stamina tak cukup..wakakakkakakka.....kawan2 lain sumer naik atas..aliza jer sekerat jalan..walaubagaimanapun..aliza bersyukur, dalam tak bersedia tu..naik jugak aliza....lagi 3km jer nak sampai puncak..aliza dah turun..hehehehhe...tp syukur, aliza dapat tengok matahari naik.....kat sabah ni bukan kata pi naik gunung jer,..aliza pi hot poring, pi rafting kat kiulu...best giler..pengalaman baru beb, pi pasar filipina, pasar gaya, pi pulau sapi n manukan....mana lagi eh...hmmm....sempat masuk UMS pun, pusing2 sabah..thanks to Sahak...classmate from KUiTTHO yang posting kat sana yang bawak aliza jalan2...muzeum sabah...n jalan2 sekitar sana la.....memang banyak la kenangan manis....kenangan paling best bila the next day lepas turun dari kinabalu, sumer jalan dah macam ketam yg terkengkang2...pantang kaki kene cuit sikit, kompom kene &*%^* la....hahahahhahahaha.....kejang2 abis kaki..dapat rehat sehari, pastu gi rafting lak the next day...sib baik kaki sumer ok..kenangan lain jugak, aliza dapat berjalan di dasar laut masa kat pulau sapi...thanks to kakpura n family yang menaja....mahal gak rasanya..rm180 per head...aduss...k.pura yg belanja..ahakss...kenangan lain tu....hanyut masa dihanyutkan kat laluan air deras masa berehat jap utk rafting..sib baik ada disediakan tali..kalau tak ke mana hala aliza dihanyutkan...mau tak gelak sakan member2...wakakakakkakaka.........

pepun percutian ngan k.pura n family serta fazli mmg best la..hope akan dtg leh pegi lagi..maybe ngan my family lak...bawak mak abah lak ker..kan.....

berwajah BARU!!!

aSSalamuaLAIKUMMM....dan Salam Satu Malaysia

kali ni aliza kembali dengan blog baru, warna baru, kandungan baru..senang citer banyak yang baru2 la...takder jiwang2 dah..
blog baru ni, aliza nak bercerita mengenai percutian aliza sepanjang aliza dah bekerjaya tetap nih...alhamdulillah......so, boleylah dikongsi pengalaman bersama kawan-kawan
Aliza memang suka berjalan sebab bley tengok tempat baru, suasana da budaya baru.....leh kata kerap la masuk website airasia dan tengok pakej2 menarik untuk dilawati sama da dalam mahupun luar negara....baru puas terasa hidup nih...lalalallalaaaaaa

Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan....................moh kiter moh....ekekkekekeeeeee